Saturday, April 25, 2020

Macam mana nak memetakan (mapping) liputan (coverage) telco di Malaysia?

For English version, click here.

Anda ada terfikir bahawa coverage map telco tidak betul/overclaim? Lebih suka menggunakan cara lain untuk cek coverage map untuk telco anda? Di sini saya senaraikan 3 aplikasi yang boleh digunakan untuk coverage mapping di Malaysia.

Nota:
- Nyahaktifkan sebarang optimasi RAM/bateri (RAM/battery optimization) untuk aplikasi-aplikasi ini untuk memastikan ia dapat beroperasi dengan betul.
- Tiada sebarang aplikasi yang ada fungsi coverage mapping untuk iOS disebabkan kekangan sistem API mereka.

Cellmapper

- Muat turun di sini (Play Store)
- Anda boleh memulakan mapping tanpa memerlukan log in.
- Coverage map menunjukkan lokasi anggaran & lokasi tepat menara pencawang.
- Ia boleh mengambil masa sependek & sepanjang seminggu for your contribution anda untuk ditunjukkan dalam peta.
- Untuk melihat sejauh mana contribution anda, sila buat akaun.

nPerf

- Muat turun di sini (Play Store)
- Anda boleh memulakan mapping tanpa perlu log masuk
- Anda masih boleh mapping dengan peranti yang telah dirootkan, tetapi mapping anda tidak akan dimuatnaik ke pelayan nPerf. (tapi ada caranya untuk melepasi ini)
- Ia mengambil kurang daripada 24 jam untuk contribution anda dikemaskini di peta coverage nPerf.

OpenSignal


- Download here (Play Store)
- Anda boleh memulakan pemetaan secara lalai (kecuali dimatikan dalam tetapan aplikasi)
- Peta coverage untuk 3G/2G digabungkan.

Tajuk alternatif:

Macam mana nak memetakan/mapping liputan Maxis?
Macam mana nak memetakan/mapping liputan Celcom?
Macam mana nak memetakan/mapping liputan Digi?
Macam mana nak memetakan/mapping liputan Unifi Mobile?
Macam mana nak memetakan/mapping liputan Yes 4G?

No comments:

Post a Comment